Monday, November 2, 2009

kegelisahan yg terlerai

Seminggu lagi final paper control nak start...dalam hati aku berdoa supaya tak de ape la yg akan terjadi kali ini. Seperti biasa, sebelum exam aku akan call mak aku. Tanye khabar dan minta restu. Ermmm dalam rancak berbual-bual pasal adik2 aku yang kt rumah tu tiba-tiba mak aku bagitaw

"wan taw tak zarul eksiden? Teruk gak.....die kena langgar lari. Da lame baru org jumpe die dlm longkang"

Serious, berderau darah aku. Tergamam seketika.......

"Die eksiden dgn ape?"

"zarulnya bawak mtr, mgkin kena langgar dgn kreta kot"

"Habis, sekarang die kt mane?"

"Die kt Hospital Sultan Ismail, tp nanti die nak operate kt Hospital Sultanah Aminah"

"Nak operate ape? Kalau die transfer ke HSA mak bgtaw wan ea. Nak g tgk r"

"Die banyak nak kena operate...rahang die, hidung die semua nak kena buat balik. Dr kata nak kena masukkan besi ape ntah nnti. Muka die teruk sgt.... da tak macam zarul lg. Tp badan die tak ape2"

Aku terbayang mak cik aku (mak zarul), mesti luluh hati die tgk keadaan anak die macam tu. Ye, aku sgt terasa dgn apa yg berlaku sbb aku sgt rapat dgn family die. Masakan tidak, aku pernah tinggal dgn mak cik aku hampir stahun mase darjah 5. Dan dari kecik pun aku selalu dtg n tido rumah die. Ermmm aku tak dpt nak bayangkan mcm mana sepupu aku tu nak terima kenyataan bila die sedar nanti. Aku mulalah terfikir yg bukan2 ni.

Sekarang, hati aku selalu berdebar2...aku tak taw knapa aku gelisah bila teringatkan sepupu aku tu. Mmg nak pegi tgk die tp rasa berdebar. Tak pe la...aku harus kuatkan semagat utk pergi berjumpa die. Mungkin hari jumaat ni akan ke sana menjenguknya kerana tak berkesempatan nak pergi mase ari sabtu hari tu sbb hujan yg teramat lebat. Lagi pun dah kena warning dgn mak klw nak dtg ajak ayu, pegi naek kreta. Huhuhu...baeklah.

Ya Allah..berikanlah kekuatan kpd hamba-Mu itu yg sgt2 memerlukannya. Semoga sepupu aku tu cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupanya seperti biasa selepas ni. Amin....