Saturday, September 5, 2009

aku teka korang teki ye....

Tension ke jawab test control tadi??? Haaa meh layan teka-teki aku.....

1. Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil?

2. Ape bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

3. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

4. Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

5. Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

6. Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

7. Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

8. Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

9. Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa?

10. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik


p/s: sila tinggalkan jawapan kt ruangan suara anda :)

1 comment:

  1. 1. Buah yang beli kat kedai sb kita kena rasa dulu baru leh beli yela manis ke,masam ke kann
    2. Ala ni soalan bdk darjah 1 pon leh jwp..jatuh pokok kelapa xbasah dah jatuh perigi basah la sb ada air btol kan
    3.Emmm senang jer ni..lampu aladdin la..tu ikut citer donggeng la
    4.Yeke..kat skolah aku kepala cikgu sejarah ok jer..ni auta jer ni..bukan fakta..soalan direject
    5.Ntah lupa nak tgk..xperasan la plak ayam wat mcm tu..nty len kli jawap soalan ni sb nak g wat ujikaji dolu k
    6. Sebab die keluaran yamaha nak wat mcm ner xkan nak letak brand mak lijah kot.
    7. Ala senang jer perbezaan tu..jawapannya adalah org gemuk ni klu berat die xcecah seratus jangan harap nak panggil gemuk..lps tu org kurus lak die mkn ckit jer tol x..confirm btol pnya..haha
    8. Emmm maknyer xder la telepon..ala tu pon nak tnya ke emmmm..xmencabar langsung soalan
    9. Meh cni nak ajar matematik 20-11=9..ni kena kira dalam bentuk lazim tau nty senang nak paham k..
    10.Bezanya lampu stadium memang khas digunkan kat stadium jer..lampu blik pon sama memang direkan khas tok kegunaan kat bilik@rumah jer..jangan nak ngada2 reka soalan yang xlojik ni..huh

    Sekian jawapan daripadaku...harap disemak secepat mungkin ya...sila hubungi saya untuk pengambilan hadiah..ahh xkira xdapat hadiah nak report kat paper kasi tau zuan shar wat peraduan tipuuuuuuu haha!!

    ReplyDelete