Friday, September 4, 2009

maaf kalau ini yang terakhir....

Uishhh......lamenye aku tak tulis entry barukan. Sume ni angkare wifiUTM la yg maha sengal lagi gonjol.huhuhuu Sedar tak sedar dah masuk fasa kedua dah dalam bulan ramadan ni kan. Sekejap je....

So, kat sini aku cume nak mintak maaf kt kawan2 friendster, ym, facebook dan macam2 lagi r.... Sebenarnya aku sedang berkira-kira utk tutup akaun aku. Urghhhh........ tp bukan sekarang. Aku tak nak la buat keputusan terburu-buru. Nanti sendiri menyesal lak.hehehee (kau selalu cam tu).
Kawan2 mrsm jgn risau aku akan add smula kat akaun baru nanti. Tak kan aku nak lost contact dgn korg kan. Kwn2 kt UTM pun same jgk. Tp bukan semua okeh!!! Dan kwn2 yg lain akan dipertimbangkan.

Dalam hidup ni bukan semua yang kita nak kita akan dapat. Kadang-kadang kita terpaksa korbankan sesuatu yang kita sayang supaya kita tak kehilangan sesuatu yang lebih berharga pada masa akan datang. Dan tuhan itu maha adil kan.... Die selalu sengaje jek tak nak bagi kita orang yang kita sayang tapi die bagi kita seseorang yang kita sgt2 memerlukan. Kadang2, Die jgk amik org yang paling kita sayang dalam dunia ni tanpa sebarang amaran, tp die datangkan plk org lain yg akan lebih sayangkan kita.

Walaupun aku sendiri selalu mempersoalkannya, tp aku jgk percaya setiap yang berlaku itu pasti ade sebabnya dan ade hikmah yang ingin disampaikan olehNya. Cuma kadang2 kita jek yang tak perasan. Kita lebih suke melihat sesuatu itu dari perspektif yang negatif drpd melihatnya dari pandangan yang lebih positif.

Aku tahu kalian semua tidak bersalah. Kalian jgk yg kadang2 membuatkan aku tersenyum sendirian di depan si merah ni walaupun perkenalan kita cuma utk beberapa minggu mungkin. Tp percayalah kalau mmg ditakdirkan perkenalan ini berterusan dan perpisahan itu tidak diizinkan tuhan, insyaAllah kita akan berkenalan lagi. Tp mungkin dgn diri aku yg lain (harap2 begitulah....)
Dan kalau ini mungkin yang terakhir perkenalan kita di friendster, ym atau facebook, aku betul2 mintak maaf dan pohon pengertian dari kalian. Terima kasih kerana sudi berkawan walaupun utk beberapa hari, minggu atau bulan mungkin.

No comments:

Post a Comment