
Okeh kenape aku ckp mcm tu? Ye la....korang lahir2 jek kt dunia ni korang terus ade couple ke?? Tak de ka... Dan bile korang bercouple mestilah dimulakan dengan berkawan dulu. So, dalam arti kate lain kawan itu wujud lebih dulu dalam kehidupan kite sebelum kite bertemu GF/BF yg konon-kononnye paling tersangat memahami korang tu. Tp dalam realiti hari ini, apabila seseorang itu sudah menemukan cinta utk dirinya, ramailah yang terlupa atau sengaje buat-buat lupe kt kawan sendiri. Maka realiti ini tidaklah aku ketahui ianya disengajakan atau tidak.

Tapi cube korang renung sejenak, fikir dan bayangkan kalau hubungan korang menghadapi masalah. Siapa yang akan anda cari? Dimana anda pergi untuk mengadu? Kepada siapa anda nak bercerita? Masa tu barulah teringat kenangan dgn kawan-kawan mase naik motor bersame, melepak bersame dan sebagainya. Kita kena sedar bahawa kawan adalah orang kedua terpenting dan paling rapat dalam hidup kita selepas keluarga. Kawan lebih mengetahui siapa cinta hati anda berbanding keluarga. Dan lagi satu, harus diingat bahawa kekasih tak semestinya kita boleh kekal dengan die sampai bile-bile.
Janganlah menjadi seorang kawan yang hanya bersama kawannya ketika sedih, bergaduh dengan BF/GF saje. Bila gembira kawan dilupakan. Bila kawan meminta tolong, tibe-tibe menjadi tersangat terer matematik dan berkire disebabkan anda mengambil course engineering. Betul.....ini sangat mendukacitakan bagi seorang kawan yg dulunya menjadi teman suka, duka, riang, tawa, tangis dan gembira. Di sebabkan nak menjaga sangat hati pasangan kita sanggup lukakan hati kawan kita sendiri.
Fikirlah balik, korang lebih kenal kawan-kawan korang dari kekasih korang tu, BF/GF korang tu tak semestinya jujur dan kita tak mungkin jugak menceritakan semua masalah kita tu kat kekasih kita. Memang betul semua masalah tu boleh dikongsi bersama tp macam mane kalau masalh tu melibatkan korang dgn kekasih korang. Dan kepada si kekasih jgk perlulah memberikan sedikit ruang kepada pasangan anda utk bersama kawan-kawannya. Hubungan dgn kawan jgk perlu dijaga sbb bile korang kawen nanti kawan-kawan jgk yg akan datang meraikan hari bahagia korang tu kan.
Kesimpulannya, jadilah pasangan yang bertimbang rasa kepada kawan dan pasanagn anda. Bersederhanalah dalam perhubungan dan tidak perlu terlalu obses dalam percintaan itu kerana jika mmg itu jodoh anda kawan2 pasti akan mendoakannya :-D
betol3~!
ReplyDelete